Rabu, 11 Mac 2015

Isu Buku Lelaki Kahwin Lelaki, Penerbit Buku Mohon Maaf (3 Gambar)

'Isu Buku Lelaki Kahwin Lelaki, Penerbit Buku Mohon Maaf (3 Gambar)'

http://apahell.blogspot.com/2015/01/isu-buku-lelaki-kahwin-lelaki-penerbit.html



Isu Buku Lelaki Kahwin Lelaki, Penerbit Buku Mohon Maaf (3 Gambar)[1] | Shah Alam – Berikutan satu keping gambar yang menunjukkan kesalahan satu buku teks sekolah yang memaparkan hubungan songsang dalam salasilah kekeluargaan, penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa.


Wakil Produksi Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa depan.


"Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu," katanya.



Sebelum ini, gambar yang memaparkan kesalahan tersebut menjadi viral di laman sosial facebook. Berikut adalah gambar yang menjadi viral sebelum ini :


Mei juga turut berkata, kesilapan terjadi pada format komputer pencetakan.


"Kami bukan sengaja kesilapan pada 'setting computer', sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki," katanya.



"Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.


Mei walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang berapa banyak buku yang sudah terjual.


Ditanya mengenai satu lagi isu buku teks tahun lima yang mengajarkan tentang seks, Mei berkata buku tersebut datang dari syarikatnya. – Siakapkeli.com.my


LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan